- Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi, UPM
- Mengambil kursus Bacelor Sastera pengkhususan Bahasa Dan
Linguistik Melayu, Minor Penulisan.
- Merupakan pelajar semester akhir sepanjang 3 tahun pengajian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membuka blog ini.
Tujuan penulisan blog ini adalah untuk memperkenalkan salah seorang tokoh sastera yang terdapat di negara Malaysia ini yang telah banyak menyumbang hasil penulisan sasteranya melalui penyelidikan yang dilakukan setiap tahun. Selain itu, tujuan utama penulisan blog ini adalah untuk memberi kesedaran kepada setiap masyarakat terhadap kepentingan bahasa sastera yang merupakan bahasa keagungan di negara kita yang sudah bertahan berkurun-kurun lamanya, namun secara tidak sedar sebenarnya ilmu dan pengetahuan dalam bidang sastera ini semakin dilupakan ditenggelami oleh arus perubahan zaman. Akan tetapi, sejauh mana pun maju negara kita, sekiranya ilmu sastera sudah tiada, maka celakalah kita sebagai rakyat Malaysia kerana tidak dapat mempertahankan bahasa budaya bangsa kita sendiri, walhal negara kita amat dikagumi oleh negara-negara asing terhadap keunikan dan kepelbagaian bahasa dan budaya yang terdapat dinegara Malaysia.
Terdapat banyak sebenarnya tokoh sastera yang tidak jemu memperjuangkan ilmu sastera di negara kita ini, tetapi melalui blog ini saya akan memperkenalkan seorang tokoh sastera wanita yang telah menghasilkan penulisan terutama dalam bidang semantik yang merupakan bidang kepakaran beliau. Bidang semantik merupakan bidang kajian makna sesuatu bahasa yang secara tidak sedar ianya amat penting untuk kita semua fahami kerana perselisihan sesuatu makna dalam perbualan bahasa akan mengundang kemarahan bagi pihak lain. Oleh sebab itu, bidang semantik ini amat penting dan perlu dikaji dengan teliti sepertimana yang telah dilakukan oleh tokoh sastera yang akan saya ceritakan nanti.
Tokoh sastera yang saya maksudkan ialah Dr. Zaitol Azma Hamzah, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden Dan komunikasi di bahagian Jabatan Bahasa Melayu, UPM.
Maklumat penuh secara terperinci terhadap perjuangan mempertahankan bidang sastera terutama bidang semantik yang dilakukan oleh beliau akan saya ceritakan dalam blog seterusnya nanti.
No comments:
Post a Comment