Saturday, April 11, 2009

Pengenalan (Biodata&Tujuan)

- Mohamad Nizam Bin Marzuki
- Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi, UPM
- Mengambil kursus Bacelor Sastera pengkhususan Bahasa Dan
Linguistik Melayu, Minor Penulisan.
- Merupakan pelajar semester akhir sepanjang 3 tahun pengajian.



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membuka blog ini.
Tujuan penulisan blog ini adalah untuk memperkenalkan salah seorang tokoh sastera yang terdapat di negara Malaysia ini yang telah banyak menyumbang hasil penulisan sasteranya melalui penyelidikan yang dilakukan setiap tahun. Selain itu, tujuan utama penulisan blog ini adalah untuk memberi kesedaran kepada setiap masyarakat terhadap kepentingan bahasa sastera yang merupakan bahasa keagungan di negara kita yang sudah bertahan berkurun-kurun lamanya, namun secara tidak sedar sebenarnya ilmu dan pengetahuan dalam bidang sastera ini semakin dilupakan ditenggelami oleh arus perubahan zaman. Akan tetapi, sejauh mana pun maju negara kita, sekiranya ilmu sastera sudah tiada, maka celakalah kita sebagai rakyat Malaysia kerana tidak dapat mempertahankan bahasa budaya bangsa kita sendiri, walhal negara kita amat dikagumi oleh negara-negara asing terhadap keunikan dan kepelbagaian bahasa dan budaya yang terdapat dinegara Malaysia.
Terdapat banyak sebenarnya tokoh sastera yang tidak jemu memperjuangkan ilmu sastera di negara kita ini, tetapi melalui blog ini saya akan memperkenalkan seorang tokoh sastera wanita yang telah menghasilkan penulisan terutama dalam bidang semantik yang merupakan bidang kepakaran beliau. Bidang semantik merupakan bidang kajian makna sesuatu bahasa yang secara tidak sedar ianya amat penting untuk kita semua fahami kerana perselisihan sesuatu makna dalam perbualan bahasa akan mengundang kemarahan bagi pihak lain. Oleh sebab itu, bidang semantik ini amat penting dan perlu dikaji dengan teliti sepertimana yang telah dilakukan oleh tokoh sastera yang akan saya ceritakan nanti.
Tokoh sastera yang saya maksudkan ialah Dr. Zaitol Azma Hamzah, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden Dan komunikasi di bahagian Jabatan Bahasa Melayu, UPM.
Maklumat penuh secara terperinci terhadap perjuangan mempertahankan bidang sastera terutama bidang semantik yang dilakukan oleh beliau akan saya ceritakan dalam blog seterusnya nanti.

Friday, April 10, 2009

Kenangan Terpateri

Tokoh Sastera Pilihan



Dr. ZAITUL AZMA BINTI ZAINON HAMZAH

Beliau dilahirkan pada 31 Januari 1961 di Kuala Kangsar, Perak.
Beliau merupakan seorang pensyarah bagi Jabatan Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia.
Bidang pengkhususan atau kepakaran beliau adalah dalam bidang Semantik dan Pragmatik, Pengajaran Bahasa Melayu, Penelitian Kualitatif dalam Penyelidikan Bahasa Pendidikan Kanak-kanak dan Terjemahan.
Tarikh tahun bermulanya beliau berkhidmat di Universiti adalah pada 16 Ogos 2003 dan beliau mula disahkan jawatan sebagai pensyarah iaitu pada 8 januari 2004.




















































































Thursday, April 9, 2009

Latar Belakang Pendidikan

1968-1973 ► SRJK Datin Khadijah, Kuala
Kangsar, Perak

1974-1978 ► SMK Raja Muda Musa, Kuala
Kangsar, Perak

1979-1980 ► SMK Menengah Clifford, Kuala
Kangsar, Perak

1980-1982 ► Maktab Perguruan Kinta, Ipoh

1993-1997 ► Universiti Putra Malaysia ( Ijazah )

1998-2000 ► Universiti Putra Malaysia ( Master )

2000-2002 ► Universiti Putra Malaysia ( PHD )

Kelayakan Akademik

Kelayakan Akademik Dr. Zaitol Azma yang tinggi adalah bermula daripada pengajiannya dalam Sijil Perguruan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak pada tahun 1982 di Maktab Perguruan Kinta.

Kemudian beliau telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP) di Universiti Putra Malaysia) apada tahun 1997.

Keinginan beliau untuk meningkatkan ilmu pengetahuan amat kuat dan beliau bertekad untuk terus melanjutkan pelajaran lagi pada tahun 2000 dengan mengambil Ijazah Master Sastera dalam bidang Bahasa Melayu juga di Universiti Putra Malaysia.
Penerokaan ilmu pengetahuan beliau dalam bidang sastera tidak terhenti pada peringkat Master sahaja. Walaupun sudah berjaya memperoleh master, namun beliau telah melanjutkan pengajian lagi dalam Diploma pula iaitu bidang Terjemahan pada tahun 2005 di Dewan Bahasa dan Pustaka & Persatuan Penterjemah Malaysia.

Beliau tidak berhenti di situ sahaja, kegigihan beliau dalam penyelidikan ilmu sastera terus dikembangkan lagi apabila beliau telah melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi iaitu peringkat Ijazah Doktor Falsafah juga dalam bidang Bahasa Melayu pada tahun 2002 juga di Universiti Putra Malaysia.

Subjek Pengajaran Pilihan

► BBM 3104 Bahasa Melayu Klasik
► BBM 3206 Semantik
► BBM 5401 Pemerolehan Bahasa
► BBM 5402 Analisis Bezaandan Kesilapan
► BBM 6402 Penelitian Kualitatif Dalam Penyelidikan Bahasa Melayu

Terbitan Buku Pilihan




Buku Memahami Pertuturan Kanak-kanak Melalui Analisis Pragmatik (2006) ini ditulis oleh Dr Zaitul adalah bertujuan untuk menambah koleksi buku-buku penyelidikan yang memberi fokus kepada bidang pragmatik. Di samping itu, kajian tentang pertuturan kanak-kanak prasekolah menggunakan pendekatan pragmatik masih belum mencukupi. Dengan yang demikian, kajian penulis pada peringkat sarjana ini telah dikemas kini lalu diterbitkan dalam bentuk buku. Oleh yang demikian, adalah bertepatan sekali buku ini dihasilkan untuk memberikan pendedahan kepada para pembaca tentang makna pertuturan kanak-kanak prasekolah agar aspek ketersiratan dapat dijelaskan dan kandungan pemikiran kanak-kanak dapat difahami.