Monday, February 9, 2009

KETIKA DAN TAKLIMAT

Saya merupakan pelajar semester akhir dalam bidang Bacelor Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu. Alhamdulillah, secara keseluruhan keputusan CGPA saya sepanjang 2 tahun setengah pengajian saya di UPM boleh dikatakan memuaskan. Dari semester 1 hinggalah semester 4, tenaga pengajar setiap kelas yang telah saya duduki amat baik, prihatin dan mesra pelajar. Akan tetapi, pada semester kelima pengajian saya di sini, barulah saya dapat merasai bagaimana perasaan diri apabila belajar dalam keadaan tegas dan penuh berdisiplin.
Sepanjang pembelajaran saya dalam kelas Bahasa Dalam Multimedia (BBM 3410), saya telah mempelajari banyak kemahiran tentang penyusunan dalam pembentukan penghasilan bentuk bahasa untuk diserapkan dalam bentuk multimedia.
Secara jujurnya, sepanjang 5 semester saya belajar di UPM, inilah kali pertama saya dapat kelas yang penuh dengan disiplin, tegas,gementar, takut dan semualah perasaan bercambur-baur yang tidak pernah saya rasa dalam semester sebelum-sebelum ini. Kadang-kala saya merasakan kelas BBM 3410 sebagai kelas yang skema kerana peraturan yang dikenakan amat ketat mengalahkan seperti peraturan dalam Rotu atau Palapes. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa berdiri ditepi kelas kerana datang lewat walaupun cuma lewat 1 minit sahaja. Akibatnya, perasaan tebal muka mula wujud terhadap rakan-rakan kelas terutama terhadap rakan-rakan gadis dalam kelas yang sememangnya lawa-lawa belaka.heeh. Tapi perasaan ini wujud ketika mula-mula memasuki kelas ini pada minggu pertama semestar kedua 2008/2009 ini dibuka sahaja. Yelah, mana tidaknya, mula-mula saja masuk kelas sudah kena marah-marah dan bagi amaran serta peraturan yang macam-macam. Pada masa itu, saya berasakn seperti masuk dalam kelas sekolah lah pulak. Pada ketika itu, saya berasakan mahu sahaja tukar kelas lain atau drop saje kelas ini, tetapi disebabkan kelas ini wajib diambil bagi kursus, saya tetap nekad dan cuba untuk memakai baju perisai supaya tidak dapat ditembusi oleh pelurunya. Faham tak? Heeh..Maksudnya, saya tetap ambil kursus ini walaupun sudah tahu akan terpaksa bakal menerima cabaran perit sepanjang semester ini habis.


Walaubagaimanapun, apabila difikirkan balik, saya merasakan seronok juga apabila mendapat kelas yang tenaga pengajarnya garang seperti watak yang sememngnya ada dalam diri Dr. Normaliza ini. Hal ini kerana, kelas-kelas kursus sebelum ini saya tidak pernah merasai bagaimana mengalami corak pembelajaran yang diatur oleh tenaga pengajar yang garang, tegas dan penuh dengan disiplin yang tinggi. Oleh sebab itu, saya tetap cekalkan diri dan tekad untuk meneruskan suasana dalam kelas yang penuh dengan disiplin ini dengan secara positif iaitu menerimanya dengan sepenuh hati dan menganggap ianya adalah sebagai satu latihan yang perlu saya miliki untuk digunakan pada masa hadapan atau selepas saya tamat pengajian nanti.
Selain itu, ketegasan yang telah ditunjukkan oleh Dr. Normaliza terhadap pelajarnya sedikit sebanyak telah melatih diri saya supaya lebih berdisiplin, tekun, teliti dalam membuat sesuatu tugasan. Selain itu, kelas ini telah menjadikan saya seorang yang lebih mementingkan atau menepati masa seperti yang telah ditegaskan oleh Dr Normaliza. Walaupun secara jujurnya kelas ini agak tertekan akibat daripada tugasan yang terlalu banyak, tetapi bila difikirkan balik terdapat banyak pegajaran, hikmah dan faedah yang telah saya perolehi. Selain itu, walaupun agak tertekan, tetapi ianya amat menyeronokkan kerana petah Dr. Normaliza yang agak kelakar dan karenah pelajar yang menginginkan suasana seronok dalam kelas telah menjadikan tekanan yang dihadapi sedikit sebanyak dapat dilupakan. Salah satu contoh faedah yang dapat saya simpulkan ialah, apabila saya akan ke alam kerjaya kelak sudah tentu terdapat pelbagai tekanan yang akan saya hadapi tidak kira daripada bentuk apa sahaja pun. Maka, dengan adanya penegasan yang telah diterapkan oleh Dr. Normaliza ini, secara tidak langsung ianya dapat melatih diri saya untuk menangani tekanan yang akan saya hadapi kelak.
Apa yang saya kagum dengan kelas BBM 3410 ini ialah cara pembelajaran yang disampaikan oleh Dr Normaliza adalah berbeza dengan kelas-kelas yang lain. Mengapa saya berkata demikian kerana, kebiasaannya tenaga pengajar lain lebih mementingkan nota daripada slide yang dipaparkan dan para pelajarnya akan menyalinnya. Tetapi berbeza dengan teknik yang digunakan oleh Dr Normaliza. Beliau juga memaparkan slide, tetapi tidak akan membenarkan kami semua menyalinnya. Apa yang kami perlu buat adalah mengambil gambar di slide yang beliau paparkan dan jika lambat ambil, nasiblah....Ini kerana Dr Normaliza memaparkan slide dengan sangat cepat. Walaupun agak tertekan juga kerana slide dipaparkan terlalu laju tetapi apa yang tersirat sisebalik cara pembelajaran yang belum pernah saya jumpa ini sebenarnya telah mengajar saya bahawa kepentingan masa itu sangat penting dalam semua aspek serta penelitian melalui deria penglihatan dan pendengaran amat penting sebenarnya dalam semua keadaan. Apa pun, saya dapati bahawa teknik ini sememangnya amat berkesan walaupun kita berada dalam tekanan, tetapi apa yang diajar dapat kita ingat dengan baik meskipun tiada nota yang disalin seperti kelas yang lain. Selain itu, apa yang seronoknya, keadaan gelagat pengambilan gambar ini telah menjadikan dalam kelas seperti dalam studio fotografi kerana penuh dengan cahaya flash kamera ketika sesi kuliah sedang dijalankan. Teknik ini merupakan kaedah yang baru pertama kali saya jumpa sepanjang pengajian saya di sini. Seronok juga rasanya bila duduk dalam suasana tertekan ini sebenarnya,hehe.
Selepas selesai slide, Dr Normaliza mengamalkan sesi soal jawab antara kumpulan pula. Dalam sesi ini, kami akan duduk dalam satu kumpulan dan terpaksa berebut-rebut untuk menjawab. Siapa cepat, dia dapat.hehe. Apa yang bestnya, semua ahli kumpulan dikehendaki berdiri bersama-sama sekiranya ingin menjawap soalan dan sekiranya lambat, jawapan tidak akan dilayan. Kekadang tension juga bila jawapan tidak dilayan tetapi boleh juga mencuba berulang kali lebih-lebih lagi apabila terdapat kumpilan lain yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Maka kami setiap kumpulan bersaing untuk menjawab dengan cepat dan tepat. Huru-hara dalam kelas dibuatnya.ehehehe.... Situasi ini juga merupakan pengalaman baru bagi saya yang diperoleh pada akhir semester ini. Malahan, seumur hidup dalam sesi pembelajaran iaitu ketika waktu sekolah rendah mahupun sekolah menengah, belum jumpa lagi teknik sebegini. Walaupun ianya menjadikan kelas huru-hara, tetapi teknik ini telah memberikan kebekersanan dalam deria ingatan sebanyak 100%. Hal ini kerana, kita akan berasa seronok ketika bersaing bersama kumpulan lain ketika ingin menjawab soalan, dan dalam keseronokan tersebut tekanan ketika belajar akan hilang dan hasilnya ingatan terhadap soalan yang telah kita jawab itu akan kekal lama dalam otak kita. Corak penerapan sebeginilah yang saya kagum dengan Dr Normaliza kerana mempunyai cara yang tersendiri dalam pengendalian sesuatu pembelajaran dalam kelas.
Selain itu, saya juga kagum dengan pendirian Dr Normaliza terhadap tugasan melawat rumah anak yatim yang perlu kami lakukan dan seterusnya mencipta multimedia untuk dipersembahkan kepada semua. Walaupun dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini agak tertekan kerana ia melibatkan wang, risiko, lawatan dan kesungguhan, tetapi ia sebenarnya secara tidak langsung dapat menyedarkan dan mendekatkan diri kita terhadap golongan anak yatim ini yang tidak bernasib baik seperti kanak-kanak normal yang masih mempunyai ibu bapa. Sikap kesedaran dan keperihatinan sebeginilah sebenarnya yang perlu ada oleh setiap tenaga pengajar dalam membentuk sahsiah diri para pelajarnya supaya lebih senang untuk bersimpati dan tidak lokek untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik ini. Hasilnya, melalui persembahan multimedia yang telah dibentangkan oleh semua kumpulan, terdapat perbagai gelagat seperti sayu, hiba, simpati dan sedih terhadap golongan anak-anak yatim ini yang sebenarnya amat mengidamkan kasih sayang seorang ibu atau bapa dalam diri mereka. Malahan, Dr Normaliza sendiri hampir menangis ketika tayangan multimedia tentang anak yatim tersebut dipersembahkan, tetapi beliau sengaja batuk-batuk dan kadang-kadang bergurau untuk menyembunyikan kesedihan yang dirasainya itu. (Macamlah budak-budak kelas tak tahu Dr hendak menangis......ehehehe).

Pada permulaan kelas ini iaitu pada minggu pertama, saya telah mempelajari ilmu tentang e-majalah. Sebelum membuat proses e-majalah tersebut, kami satu kelas telah diarahkan supaya membina sebuah kumpulan yang hanya diberi masa beberapa minit untuk membentuknya. Seronok juga kerana walaupun dalam keadaan tertekan mencari ahli kumpulan, tetapi keadaan kelam-kabut dengan adanya aksi tarik menarik serta promote diri untuk berebut masuk ke kumpulan telah menjadikan suasana dalam kelas menjadi huru-hara tetapi seronok.he. Seperti yang dijangka, apabila sudah membentuk satu kumpulan, mesti ada tugasan punyalah. Maka, pada minggu kedua, kami telah diberikan tugasan yang boleh tahan juga peningnya. setiap kumpulan akan diberikan satu tugasan yang perlu disiapkan sebelum kelas berakhir.
Secara jujurnya pada permulaan kelas ini, saya masih lagi kabur terhadap jenis aspek apakah yang akan dipelajari tentang e-majalah ini. Tetapi, setelah ianya dilakukan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh Dr. Normaliza, barulah saya faham dengan sepenuhnya aspek apakah yang dikehendaki. Dalam tugasan e-majalah ini saya telah mempelajari ilmu tentang keseimbangan, kesesuaian, mudah, warna dan teks. Dalam pembuatan majalah ini, sedikit sebanyak saya mendapat pengalaman teknik tentang pembuatan majalah. Pada awalnya, saya menjangkakan bahawa pembuatan ini mudah sahaja, tetapi apabila ketika membuatnya saya berasa amat tertekan apabila sukar untuk menemui gambar-gambar yang mempunyai ciri-ciri asas grafik yang diharapkan dalam majalah yang telah kami bawa seperti yang telah diarahkan, lebih-lebih lagi apabila peruntukan masa untuk menyiapkan tugasan ini amat singkat. Hal ini kerana, walaupun ianya dibuat secara berkumpulan, tetapi kurangnya kerjasama daripada ahli kumpulan menyukarkan lagi tugasan ini untuk disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Mungkin disebabkan ini merupakan tugasan kerja kumpulan yang pertama, maka keserasian antara kumpulan tidak wujud lagi ketika ini. Akan tetapi, lama-kelamaan keserasian antara kumpulan saya wujud dengan adanya sedikit demi sedikit kesedaran dan keperihatinan daripada ahli kumpulan. Walaupun ahli kumpulan saya kesemuanya adalah lelaki, tetapi ianya tidak membataskan kami untuk membuat tugasan yang diberikan oleh Dr. Normaliza dengan bagus dan menarik. Malahan kumpulan saya juga pernah diberi pujian disebabkan oleh hasil kerja kami yang menarik. Apabila keserasian antara ahli dalam kumpulan saya mula wujud, kami amat tidak berpuas hati apabila Dr. Normaliza telah memasukkan ahli baru kepada kumpulan kami. Kami bukannya tidak menyukai ahli bari ini, tetapi cara disiplin ahli ini yang sememangnya kami ketahui bermasalah dari semester sebelum-sebelumnya lagi menyebabkab kami tidak menyukai dia walaupun wajahnya lawa. Selain itu, ia juga telah menjejaskan nama tema bagi ahli kumpulan kami sebagai ‘Singgle Is Better’ apabila ahli baru perempuan telah memasuki kumpulan kami. Walaubagaimanapun, kami tetap menerimanya sebagai keputusan yang positif dan kami menganggapnya sebagai cabaran dan gugaan yang perlu kami tempuhi sepanjang kursus ini bersama dengan ahli yang bermasalah ini.
Hal ini kerana, prinsip kami dalam kumpulan adalah ‘Happy Go Lucky”. Walau apa sahaja dugaan atau cabaran yang menimpa kepada kumpulan kami terutamanya ketika menjalankan tugasan, kami tetap akan melakukannya dengan perasaan seronok dan gembira walaupun pada dasarnya wujud tekanan dalam diri masing-masing. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran ahli perempuan dalam walaupun Cuma seorang dalam kumpulan kami, kami akan menganggap dia sebagai penyeri dalam kumpulan kami walaupun secara hakikatnya kami tidak menyukainya.
Selain daripada tugasan dalam kelas yang penuh dengan tekanan, terdapat juga kelas tutorial yang dibimbing oleh Cik Alia dan boleh tahan juga banyak kerjanya dalam subjek ini. Kadang-kadang saya sampai menghantuk-hantukkan kepala atas meja akibat daripada tekanan kerja tugasan yang terlalu banyak. Mana tidaknya, bukannya subjek ini sahaja yang kena ambil semester ini, tetapi banyak lagi subjek yang ada tugasan yang perlu disiapkan lebih-lebih lagi apabila projek ilmiah yang masih banyak lagi hendak dibuat. Akan tetapi, dengan berkat kesabaran yang tinggi, secara perlahan-lahan dapat juga saya menangkis segala tekanan perasaan yang membara ini dengan penuh tenang sebagai seorang yang normal dan waras. Setidak-tidaknya tekanan yang dihadapi ini tidaklah sampai boleh menjadikan diri kita gila atau tidak waras.heeh.
Walaubagaimanapun, melalui pembelajaran dalam kelas tutorial ini, saya telah mendapat pelbagai kemahiran dalam penggunaan komputer yang sebelum ini saya memang tidak tahu langsung untuk membuatnya. Dalam kelas tutorial, kami terpaksa membuat beberapa tugasan yang perlu dihantar dengan sempurna dan memuaskan. Malahan sebelum submid tugasan tersebut, wajib mendapat kelulusan daripada Cik Alia terlebih dahulu, barulah tugasan tersebut boleh dihantar kepada Dr.Normaliza. Diantara pelan pengajaran amali yang diberikan kepada kami adalah seperti tugasan dan persembahan power point (minggu 2 hingga minggu 4), penghasilan kalender 2009 ( minggu 5 hingga minggu ke-8), merekabentuk “website” berdasarkan papan cerita (minggu 8 hingga minggu 11) dan akhir sekali adalah penghasilan blog pada minggu 12 hingga minggu 13. kesemua tugasan ini perlu disiapkan dan dihantar pada tarikh yang ditetapkan dan sekiranya lewat, markah tugasan akan ditolak. Tension betul, penat-penat buat kena tolak pulak.heeh. tapi nasib baik bukan saya.hehe..
Minggu kedua lagi sudah bermulanya kelas tutorial yang penuh dengan dramatik ini. Kenapa saya berkata begitu? Yelah mana tidaknya, dalam kelas tutorial juga Cik Alia telah menetapkan peraturan yang sama dilakukan oleh Dr. Normaliza ketika kelas kuliah. Malahan, sesiapa yang datang lewat juga terpaksa berdiri ditepi pintu kerana lewat. Saya juga terpaksa terkejar-kejar antara kelas dengan solat maghrib untuk pergi ke kelas dengan lebih awal.
Tetapi, lama – kelamaan saya merasakan Cik Alia kelakar juga orangnya. Ketika kelas senyap dan bosan, dia cuba untuk membuat lawak walaupun kadang-kadang lawaknya itu tidak dilayan oleh kitorang.hihi. walau bagaimanapun, setidak-tidaknya dia mencuba untuk meredakan kami dalam kelas yang ketika dalam berperasaan tension membuat tugasan. Tapi, dia memang comel orangnya.ehhe.
Minggu kedua dalam kelas tutorial saya telah mempelajari tentang cara-cara atau teknik meletakkan gambar-gambar serta teks untuk diletakkan dan dipersembahkan dalam power point. Tugasan ini dilakukan dan perlu disiapkan selama 2 minggu. Tugasan ini sedikit sebanyak dapat memahirkan lagi diri saya dalam penggunaan power point. Walaupun penggunaan dalam power ini sudah lama saya tahu, tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi fungsi persembahan dalam mikrosoft ini yang saya tidak tahu seperti teknik pergerakan gambar, kemasukan video dan muzik dan lain-lain lagi. Tugasan power point ini telah dipersembahkan dan terus diberikan markah oleh Cik Alia pada minggu ke-4. Dalam minggu persembahan hasil kerja power point pada minggu tersebut, saya berasa sedikit kecewa kerana slot video yang telah saya masukkan dalam persembahan power point tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik (tersekat-sekat), maka ia sedikit menjejaskan persembahan power point yang telah saya hasilkan walaupun seni asas grafik yang telah saya terapkan dalam persembahan tersebut amat menarik dengan penggunaan gambar dan teks yang amat sesuai disertakan dengan pergerakan gimik yang sudah pasti dapat menebeliakkan penonton yang melihatnya yang bersesuaian dengan tema tajuk yang saya pilih iaitu ‘Isu Mat Rempit Semakin Berleluasa Dalam Negara”. Disamping itu juga, saya dapat menyokong seruan kerajaan terhadap pembanterasan gejala mat rempit yang semakin berleluasa dalam negara kita melalui penghasilan persembahan power point saya tersebut.hehe.
Selepas selesai tugasan persembahan power point, wujud pula satu bebanan tugasan yang lebih mencabar pada minggu ke- 5 iaitu penghasilan kalender. Dalam penghasilan kalender, software adobe photoshop diperlukan untuk menghasilkan kalender tersebut. Pada mulanya saya hampir putus asa kerana saya tiada langsung pengalaman dalam penggunaan adobe photoshop tersebut. Walaupun pada minggu tersebut Cik Alia telah mengajar sedikit demi sedikit tentang penggunaannya, tetapi saya masih lagi tidak dapat memahaminya dan hampir berputus asa. Tetapi lama-kelamaan, hasil usaha dengan bertanya kepada rakan-rakan yang lebih mahir, saya menjadi lebih mahir dan semakin lama saya berasakan semakin seronok apabila dapat mengeedit gambar, merekabentuk gambar, mengubahsuai wajah dan banyak lagi rupanya kegunaan dan kelebihan dalam adobe photoshop tersebut. Tugasan ini nampak mudah, tetapi ia sebenarnya memerlukan penelitian dan ketekunan ketika membuatnya kerana terdapat banyak layer yang perlu dipilih dengan teliti sekiranya ingin mengubahsuai atau mengedit hasil kerja tersebut. Lama-kelamaan saya menjadi semakin seronok, akan tetapi akibat daripada keasyikan membuat tugasan kalender ini, saya secara tidak sengaja telah mengabaikan tugasan subjek lain selama 3 minggu. Yelah, dalam kalender mesti ada bulan, manakala dalam sebulan ada 12 bulan dan dalam 12 bulan ada 365 hari. Jadi, ketekunan dan perhatian penuh terpaksa dilakukan sehingga tidak sedar telah mengabaikan tugasan bagi subjek yang lain. Walaubagaimanapun tugasan membuat kalender meja ini telah memberikan pengalaman baru yang paling berharga kerana saya berasa amat berpuas hati dengan hasil kerja saya setelah ianya dicetak. Hmmm, boleh tahan cantik jugak.eheehhee...Sekurang-kurangnya ianya menjadi pengalaman hasil kerja yang paling berjaya dan berharga kerana sebelum ini tidak pernah pun terfikir untuk membuat kalender sendiri, tetapi dalam kursus ini ianya telah tercipta dengan adanya hasil kerja kita sendiri walaupun terpaksa mengorbankan beberapa ringgit (Mahal Jugak ler...heeh) untuk menghasilkan tugasan kalender tersebut. Sekurang-kurangnya dapat juga pujian daripada Cik Alia.Uhh....So Sweet...Thehehehe.
Selepas selesai penghantaran kalender kaki, terdapat lagi tugasan yang perlu dilakukan iaitu penciptaan dalam merekabentuk “Website” berdasarkan papan cerita. Bentuk papan cerita yang perlu dimasukkan dalam pembinaan website ini adalah berkaitan dengan diri kita sendiri seperti biodata diri, taraf pendidikan, gambar-gambar kenangan, hasil karya dan lain-lain lagi. Hasil papan cerita haruslah kreatif dan mengikut kreativiti sendiri tanpa meniru hasil kerja orang lain. Cik Alia sememangnya seorang yang pakar dan mudah untuk mengetahui sekiranya terdapat website yang sama dengan orang lain. Maka, dengan ketegasan yang sememangnya ada dalam dirinya, dia akan menyuruh membuatnya semula. Hui......garang betul Cik Alia ni...ehehe. Kebanyakan pelajar dalam kelas tutorial sebelah malam tidak mengetahui bagaimana untuk memulakan pembinaan website. Al-maklumlah, sebelum ini tidak pernah pun terfikir untuk memcipta website sendiri.he. Maka, setelah Cik Alia memberikan sedikit briefing cara-cara pembuatan website, barulah saya tahu rupa-rupanya untuk membuatnya kita perlulah menggunakan mikrosoft frontpage. Mula-mula guna mikrosoft tersebut memang agak pening juga lah. Tetapi setelah diajar sedikit demi sedikit oleh Cik Alia dan bantuan rakan kelas yang agak mahir, akhirnya saya dapat juga menyelesaikan tugasan merekebentuk website ini dengan penuh kreatif tanpa meniru hasil kerja orang lain. Hebat juga saya kan.hehe. Penghasilan website yang saya reka sendiri sememangnya tidak pernah saya jangkakan seumur hidup dan saya amat berpuas hati pada diri sendiri kerana berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan baik.
Akhirnya, dengan rasa penuh lega sudah sampai ke tugasan pembinaan blog iaitu tugasan yang terakhir. Dalam penghasilan blog ini, saya tidaklah terlalu tension sangat kerana sebelum ini saya pernah membina blog sendiri tetapi akibat sudah lama terabai, blog tersebut telah dinyahaktifkan.huhu. Tema bagi tugasan blog ini adalah tokoh sastera seperti yang diarahkan oleh Cik Alia. Kami semua terpaksa menemubual sekurang-kurangnya seorang tokoh sastera dan mengambil segala maklumat yang diperolehi terhadap tokoh sastera tersebut untuk dimuatkan dalam blog. Mula- mula, memang agak tension jugalah kerana terpaksa menemubual lah pulak. “Banyak lagi kerja lain yang tidak siap siap lagi ha”. (keluh saya). Walaubagaimanapun dengan rasa penuh dedikasi saya kuatkan juga hasrat untuk menyiapkan tugasan yang terakhir ini dengan sempurna walaupun secara terpaksa.heeh. Akhirnya saya berjaya menemuramah seorang tokoh yang sememangnya berjiwa semangat sastera dan juga pakar dalam bidang semantik dan pragmatik yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu iaitu Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah dan akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan blog dalam masa yang ditetapkan. Puas rasanya apabila kita memounyai blog yang kita boleh kongsi sama-sama untuk dibaca oleh orang lain. Rasa bangga pun ada.hehe.
Apa yang dapat saya simpulkan dalam penceritaan ketika dan kalimat ini adalah, sebenarnya hidup kita sememangnya perlu dilatih dari awal lagi dan memerlukan tekanan dalam diri terutama bagi pelajar Universiti yang bakal menempuhi alam pekerjaan lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi dunia pada masa kini yang semestinya penuh dengan cabaran dan pancaroba. Maka, penerapan suasana tertekan dalam subjek BBM 3410 yang dilakukan oleh Dr Normaliza sebenarnya amat berguna kepada kita semua untuk digunakan ketika menempuh alam pekerjaan kelak. Sekurang-kurangnya cara yang dilakukan oleh Dr Normaliza dan Cik Alia kepada kita semua dapat kita serap sebagai ilmu atau pengetahuan yang berguna untuk kita bersedia lebih awal agar ketika sudah bekerja kelak kita tidak mudah menggelabah atau terlalu tertekan apabila wujud cabaran atau dugaan yang menimpa diri kita nanti.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Dr Normaliza dan Cik Alia di atas bimbingan dalam kursus BBM 3410 sepanjang semester ini dan saya akan doakan agar hidup mereka akan lebih berjaya dalam proses membimbing dan membentuk keperibadian mahasiswa untuk menjadikannya lebih intelektual dan bermutu seterusnya laku dalam pasaran kerja kelak. Saya ingin memohon maaf di atas segala kesalahan terkutuk, termarah dan terlepas kata sekiranya ada dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. Sekian.